Apabila Rasulullah SAW makan bersama suatu kaum, Baginda adalah orang yang terakhir makan daripada kalangan mereka

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أكل مع قوم؛ كان اخرهم أكلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW makan bersama suatu kaum, Baginda adalah orang yang terakhir makan daripada kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 225, hadis nombor 1191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا أكل مع قوم؛ كان اخرهم أكلا)). [ابن معين في ((التاريخ والعلل))، هب، خط،((الضعيفة))(5747)]

(Lemah)
Daripada Jaafar bin Muhammad daripada bapanya, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW makan bersama suatu kaum, Baginda adalah orang yang terakhir makan daripada kalangan mereka.
[Riwayat Ibn Ma’in dalam al-Tarikh Wal-’Ilal, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs