TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أراد أن يقوم لحاجة وأراد أن يرجع وضع نعليه في مجلسه أو بعض ما يكون عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Rasulullah SAW hendak keluar sebentar kerana ada keperluan atau Baginda mahu kembali semula, Baginda akan meletakkan seliparnya tempat duduknya, atau apa-apa yang Baginda ada.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis nombor 5480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، فال: كانَ إذا أرادَ أن يقوم لحاجة وأرادَ أنْ يرجعَ وَضَعَ نَعْلَيْهِ في مجْلسِهِ أو بَعْضَ ما يكونُ عليه. [ابن حبان في الضعفاء والثقات، ه، هق، طس، الضعيفة (5767)]
(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW hendak keluar sebentar kerana ada keperluan atau Baginda mahu kembali semula, Baginda akan meletakkan seliparnya tempat duduknya, atau apa-apa yang Baginda ada. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ dan dalam al-Thiqat, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Kubra dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5767]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.