Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Rasulullah SAW hendak keluar sebentar kerana ada keperluan atau Baginda mahu kembali semula, Baginda akan meletakkan seliparnya

Teks Bahasa Arab

كانَ إذا أرادَ أن يقومَ لحاجةٍ وأرادَ أن يرجِعَ وضعَ نعلَيهِ في مَجلسِهِ أو بَعضَ ما يَكونُ علَيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Rasulullah SAW hendak keluar sebentar kerana ada keperluan atau Baginda mahu kembali semula, Baginda akan meletakkan seliparnya tempat duduknya, atau apa-apa yang Baginda ada.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis no. 5480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، فال: كانَ إذا أرادَ أن يقوم لحاجة وأرادَ أنْ يرجعَ وَضَعَ نَعْلَيْهِ في مجْلسِهِ أو بَعْضَ ما يكونُ عليه. [ابن حبان في الضعفاء والثقات، ه، هق، طس، الضعيفة (5767)]

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW hendak keluar sebentar kerana ada keperluan atau Baginda mahu kembali semula, Baginda akan meletakkan seliparnya tempat duduknya, atau apa-apa yang Baginda ada. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ dan dalam al-Thiqat, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Kubra dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5767]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.