Apabila Rasulullah SAW duduk bercerita, Baginda kerap mendongakkan pandangan ke langit

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا جلس يتحدث يكثر أن يرفع بصره إلى السماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW duduk bercerita, Baginda kerap mendongakkan pandangan Baginda ke langit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis nombor 5343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يوسف بن عبد الله بن سلام قال: كان إذا جلس يتحدث يكثر أن يرفع بصره إلى السماء. [د، ابن عساكر، الضياء، الضعيفة (1768)]

[Lemah] Daripada Yusuf bin ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata, Apabila Rasulullah SAW duduk bercerita, Baginda kerap mendongakkan pandangan Baginda ke langit. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq dan al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1768]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs