Apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang terbaik dari kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت أمراؤكم خياركم، وأغنياؤكم سمحاءكم، وأموركم شورى بينكم؛ فظهر الأرض خير لكم من بطنها. وإذا كانت أمراؤكم شراركم، وأغنياؤكم بخلاءكم، وأمركم إلى نسائكم؛ فبطن الأرض خير لكم من ظهرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang kaya dalam kalangan kamu adalah golongan yang paling bertolak ansur dari kalangan kamu, serta urusan kamu adalah daripada (hasil) perbincangan sesama kamu (syura); maka permukaan bumi adalah lebih baik buat kamu berbanding bahagian perut bumi (yakni kehidupan lebih baik). Dan apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang jahat dari kalangan kamu, orang-orang kaya kamu adalah mereka yang kedekut, dan urusan-urusan diserahkan kepada golongan wanita, nescaya bahagian perut bumi lebih baik untuk kamu berbanding permukaannya (yakni kematian lebih baik dari kehidupan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis nombor 709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُمْ خِيَارَكُمْ، وَأَغْنِيَاؤُكُمْ سُمَحَاءَكُمْ، وَأُمُورُكُمْ شُورَى بَيْنَكُمْ؛ فَظَهْرُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا. وَإِذَا كَانَت أُمَرَاؤُكُمْ شِرَارَكُمْ، وَأَغْنِيَاؤُكُمْ بُخَلَاءَكُمْ، وَأمْرُكُمْ إِلَى نِسَائِكُمْ؛ فَبَطْنُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا)). [ت، ابن جرير الطبري في ((تهذيب الآثار))، الداني في ((الفتن))، حل، ((الضعيفة)) (6999)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang kaya dalam kalangan kamu adalah golongan yang paling bertolak ansur dari kalangan kamu, serta urusan kamu adalah daripada (hasil) perbincangan sesama kamu (syura); maka permukaan bumi adalah lebih baik buat kamu berbanding bahagian perut bumi (yakni kehidupan lebih baik). Dan apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang jahat dari kalangan kamu, orang-orang kaya kamu adalah mereka yang kedekut, dan urusan-urusan diserahkan kepada golongan wanita, nescaya bahagian perut bumi lebih baik untuk kamu berbanding permukaannya (yakni kematian lebih baik dari kehidupan).
[Riwayat al-Tirmizī, Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tahzīb al-Āthār, al-Dānī dalam al-Fitan, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6999]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs