Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كانت أُمراؤُكم خِيارَكم، وأَغنياؤُكم سُمحاءَكم، وأُمورُكم شُورَى بينَكم؛ فظهرُ الأرضِ خيرٌ لكم من بَطْنِهَا. وإذا كانت أُمراؤُكم شِرارَكم، وأغنياؤُكم بُخلاءَكم، وأَمرُكم إلى نِسائِكم؛ فبطنُ الأرضِ خيرٌ لكم من ظَهْرِها.
Teks Bahasa Melayu
Apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang kaya dalam kalangan kamu adalah golongan yang paling bertolak ansur dari kalangan kamu, serta urusan kamu adalah daripada (hasil) perbincangan sesama kamu (syura); maka permukaan bumi adalah lebih baik buat kamu berbanding bahagian perut bumi (yakni kehidupan lebih baik). Dan apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang jahat dari kalangan kamu, orang-orang kaya kamu adalah mereka yang kedekut, dan urusan-urusan diserahkan kepada golongan wanita, nescaya bahagian perut bumi lebih baik untuk kamu berbanding permukaannya (yakni kematian lebih baik dari kehidupan).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis no. 709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا كَانَتْ أُمَرَاؤُكُمْ خِيَارَكُمْ، وَأَغْنِيَاؤُكُمْ سُمَحَاءَكُمْ، وَأُمُورُكُمْ شُورَى بَيْنَكُمْ؛ فَظَهْرُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا. وَإِذَا كَانَت أُمَرَاؤُكُمْ شِرَارَكُمْ، وَأَغْنِيَاؤُكُمْ بُخَلَاءَكُمْ، وَأمْرُكُمْ إِلَى نِسَائِكُمْ؛ فَبَطْنُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا)). [ت، ابن جرير الطبري في ((تهذيب الآثار))، الداني في ((الفتن))، حل، ((الضعيفة)) (6999)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang terbaik dari kalangan kamu, orang-orang kaya dalam kalangan kamu adalah golongan yang paling bertolak ansur dari kalangan kamu, serta urusan kamu adalah daripada (hasil) perbincangan sesama kamu (syura); maka permukaan bumi adalah lebih baik buat kamu berbanding bahagian perut bumi (yakni kehidupan lebih baik). Dan apabila pemimpin kamu merupakan golongan yang jahat dari kalangan kamu, orang-orang kaya kamu adalah mereka yang kedekut, dan urusan-urusan diserahkan kepada golongan wanita, nescaya bahagian perut bumi lebih baik untuk kamu berbanding permukaannya (yakni kematian lebih baik dari kehidupan). [Riwayat al-Tirmizī, Ibn Jarīr al-Ṭabarī dalam Tahzīb al-Āthār, al-Dānī dalam al-Fitan, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6999]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman