Daif

30/06/2024

minit bacaan



Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya

Teks Bahasa Arab

إذا استَشاطَ السُّلطانُ تسلَّطَ الشَّيطانُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya.

Sahabat Perawi

  1. Athiyyah al-Sa’di RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis no. 31. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطية السعدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا استشاط السلطان تسلط الشيطان)). [حم، ((الضعيفة)) (581)]

(Daif) Daripada Athiyyah al-Sa’di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.581]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.