Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استشاط السلطان تسلط الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 31. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطية السعدي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا استشاط السلطان تسلط الشيطان)).
[حم، ((الضعيفة)) (581)]

(Lemah) Daripada Athiyyah al-Sa’di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila pemerintah terlalu marah maka syaitan akan menguasainya.
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.581]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.