TEKS BAHASA ARAB
يقتل عند كنزكم ثلاثة؛ كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم، ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال: فإذا رأيتموه؛ فبايعوه، ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي. وفي رواية: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان؛ فأتوها، ولو حبوا… إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelak akan terbunuhnya tiga orang di sisi perbendaharaanmu, kesemua mereka adalah anak lelaki khalifah. Kemudian, tidak seorang pun yang menang dalam kalangan mereka. Kemudian akan keluarnya panji-panji hitam daripada arah timur, mereka akan membunuh kamu dengan pembunuhan yang belum pernah dilakukan terhadap mana-mana kaum. Seterusnya, baginda menyebutkan sesuatu yang aku terlupa, baginda bersabda lagi: Apabila kamu melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak atas salji kerana dia adalah khalifah Allah, al-Mahdi. Dalam riwayat lain: Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah keluar dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun kamu terpaksa merangkak… hingga akhir.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1305, hadis nombor 6666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ثوبان رضي الله عنه، مرفوعا: يقتل عند كنزكم ثلاثة؛ كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم، ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال: فإذا رأيتموه؛ فبايعوه، ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي. وفي رواية: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان؛ فأتوها، ولو حبوا… إلخ.
[هـ، ك، حم، ابن الجوزي في ((الأحاديث الواهية))، ابن حجر في ((القول المسدد))، ((الضعيفة)) (85)].
(Munkar)
Daripada Thawban RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kelak akan terbunuhnya tiga orang di sisi perbendaharaanmu, kesemua mereka adalah anak lelaki khalifah. Kemudian, tidak seorang pun yang menang dalam kalangan mereka. Kemudian akan keluarnya panji-panji hitam daripada arah timur, mereka akan membunuh kamu dengan pembunuhan yang belum pernah dilakukan terhadap mana-mana kaum. Seterusnya, baginda menyebutkan sesuatu yang aku terlupa, baginda bersabda lagi: Apabila kamu melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak atas salji kerana dia adalah khalifah Allah, al-Mahdi. Dalam riwayat lain: Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah keluar dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun kamu terpaksa merangkak… hingga akhir.
[Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, Ahmad dalam musnadnya, Ibn al-Jawzi dalam al-Ahadith al-Wahiyah, Ibn Hajar dalam al-Qawl al-Musaddad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 85].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.