Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى خَلْقِهِ، وَإِذَا نَظَرَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى عَبْدِهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَلِلّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ أَلْفُ أَلْفُ عَتِيقٍ مِنَ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila pada malam pertama bulan Ramadan, Allah melihat ciptaan-Nya, dan apabila Allah melihat kepada hamba-Nya maka dia tidak akan diazab selama-lamanya, dan bagi Allah ‘azza wajalla pada setiap malam, sejuta hamba dibebaskan daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1127, hadis no. 5680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا كان أول ليلة من شهر رمضان نظر الله عز وجل إلى خلقه، وإذا نظر الله عز وجل إلى عبده لم يعذبه أبدا، ولله عز وجل فى كل ليلة ألف ألف عتيق من النار. [ابن فنجوية في مجلس من الأمالي في فضل رمضان، الأصبهاني، الضعيفة (299)]
(Palsu) Hadis ini diriwayatkan Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila pada malam pertama bulan Ramadan, Allah melihat ciptaan-Nya, dan apabila Allah melihat kepada hamba-Nya maka dia tidak akan diazab selama-lamanya, dan bagi Allah ‘azza wajalla pada setiap malam, sejuta hamba dibebaskan daripada api neraka. [Riwayat Ibn Fanjuyah dalam Kitab Majlis min al Amali fi Fadhli Ramadhan dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 299].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman