Apabila orang yang ingin menunaikan haji keluar dari rumahnya, lalu dia berjalan selama tiga hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila orang yang ingin menunaikan haji keluar dari rumahnya, lalu dia berjalan selama tiga hari, maka akan keluar dosa-dosanya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya dan setiap harinya (daripada perjalanannya) akan diangkat baginya beberapa darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis nombor 8695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا:((إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات.)) [فر، ((الضعيفة)) (2551)].

(Palsu)
Daripada Abu Dzar RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila orang yang ingin menunaikan haji keluar dari rumahnya, lalu dia berjalan selama tiga hari, maka akan keluar dosa-dosanya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya dan setiap harinya (daripada perjalanannya) akan diangkat baginya beberapa darjat.))
(Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2553).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.