Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا خرج الحاجُّ من بيتِه فسار ثلاثًا، خرج من ذنوبِه كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّه، وكان سائِرُ أيامِه درجاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila orang yang ingin menunaikan haji keluar dari rumahnya, lalu dia berjalan selama tiga hari, maka akan keluar dosa-dosanya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya dan setiap harinya (daripada perjalanannya) akan diangkat baginya beberapa darjat.
Sahabat Perawi
- Abu Zar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis no. 8695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا:((إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات.)) [فر، ((الضعيفة)) (2551)].
(Palsu) Daripada Abu Zar RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila orang yang ingin menunaikan haji keluar dari rumahnya, lalu dia berjalan selama tiga hari, maka akan keluar dosa-dosanya sepertimana hari dia dilahirkan oleh ibunya dan setiap harinya (daripada perjalanannya) akan diangkat baginya beberapa darjat.)) (Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2553).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman