TEKS BAHASA ARAB
إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila orang yang dalam perjalanan untuk melakukan haji keluar dari rumahnya lalu dia berjalan tiga hari, dosanya akan keluar daripadanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya, dan keseluruhan harinya (dinaikkan) tingkatan darjatnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis nombor 3755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي ذر- رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات)). [هب، ((الضعيفة)) (2551)]
(Palsu)
Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila orang yang dalam perjalanan untuk melakukan haji keluar dari rumahnya lalu dia berjalan tiga hari, dosanya akan keluar daripadanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya, dan keseluruhan harinya (dinaikkan) tingkatan darjatnya.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2551]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.