Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila orang yang dalam perjalanan untuk melakukan haji keluar dari rumahnya lalu dia berjalan tiga hari

Teks Bahasa Arab

إذا خرج الحاجُّ من بيتِه فسار ثلاثًا، خرج من ذنوبِه كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّه، وكان سائِرُ أيامِه درجاتٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila orang yang dalam perjalanan untuk melakukan haji keluar dari rumahnya lalu dia berjalan tiga hari, dosanya akan keluar daripadanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya, dan keseluruhan harinya (dinaikkan) tingkatan darjatnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis no. 3755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي ذر- رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا خرج الحاج من بيته فسار ثلاثا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وكان سائر أيامه درجات)). [هب، ((الضعيفة)) (2551)]

(Palsu) Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila orang yang dalam perjalanan untuk melakukan haji keluar dari rumahnya lalu dia berjalan tiga hari, dosanya akan keluar daripadanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya, dan keseluruhan harinya (dinaikkan) tingkatan darjatnya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2551]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.