TEKS BAHASA ARAB
إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila orang ramai menunggang kuda, memakai pakaian Qibtiyyah, tinggal di Syam, yang lelaki berpada dengan yang lelaki dan yang perempuan berpada dengan yang perempuan, nescaya Allah akan meliputi mereka dengan satu hukuman dari sisi-Nya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis nombor 2290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – أنه سمع النبي ﷺ يقول: «إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده». [عد، ابن عساكر، «الضعيفة» (6076)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, bahawa beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda: Apabila orang ramai menunggang kuda, memakai pakaian Qibtiyyah, tinggal di Syam, yang lelaki berpada dengan yang lelaki dan yang perempuan berpada dengan yang perempuan, nescaya Allah akan meliputi mereka dengan satu hukuman dari sisi-Nya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6076].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.