Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ركب الناسُ الخَيْلَ، ولبِسوا القُباطيَ، ونزلوا الشامَ، واكتفى الرجالُ بالرجالِ، والنساءُ بالنساءِ؛ عَمَّهُم الله بعقوبةٍ من عندِه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila orang ramai menunggang kuda, memakai pakaian Qibtiyyah, tinggal di Syam, yang lelaki berpada dengan yang lelaki dan yang perempuan berpada dengan yang perempuan, nescaya Allah akan meliputi mereka dengan satu hukuman dari sisi-Nya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis no. 2290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - أنه سمع النبي ﷺ يقول: «إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده». [عد، ابن عساكر، «الضعيفة» (6076)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, bahawa beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda: Apabila orang ramai menunggang kuda, memakai pakaian Qibtiyyah, tinggal di Syam, yang lelaki berpada dengan yang lelaki dan yang perempuan berpada dengan yang perempuan, nescaya Allah akan meliputi mereka dengan satu hukuman dari sisi-Nya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6076].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman