Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أُمَّتي أَبَتْ أن يُظلمَ ظالموها تَوَدَّعَ اللهُ منها وإذا أمتي تواكلتِ الأمرَ بالمعروفِ والنهيَ عنِ المنكرِ منعها اللهُ منفعةَ الوحيِ من السماءِ، وإذا أُمَّتي تسابت فيما بينَها سقطتْ من عينِ اللهِ، فكيفَ بكم إذا لم يرأفِ اللهُ بكم ولم يرحمْكم ؟ قالوا: وكائنُ ذلكَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال: إِي والذي بعثَ محمدًا بالحقِّ إذا استعملَ عليكم شِرارَكم فقد تخلَّى اللهُ عنكم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila umatku tidak mahu orang yang menzalimi mereka dizalimi, maka Allah akan meninggalkan mereka, apabila umatku meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menghalang mereka dari manfaat wahyu dari langit, apabila umatku saling mencaci di antara mereka, mereka akan hilang dari pandangan Allah, lalu bagaimanakah keadaan kamu sekiranya Allah tidak berlaku kasih dan tidak merahmati kamu? Mereka berkata: Adakah akan terjadi hal itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya demi yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran! Apabila orang-orang yang jahat digunakan (jadi pemimpin) ke atas kamu, maka (itu tandanya) Allah telah meninggalkan kamu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854 - 855, hadis no. 4374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا أمتى أبت أن يظلم ظالموها تودع الله منها وإذا أمتى تواكلت الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر منعها الله منفعة الوحي من السماء وإذا أمتى تسابت فيما بينها سقطت من عين الله فكيف بكم إذا لم يرأف الله بكم ولم يرحمكم؟ قالوا: وكائن ذلك يا رسول الله؟ قال: أي والذي بعث محمدا بالحق! إذا استعمل عليكم شراركم فقد تخلى الله عنكم)). [عق، ((الضعيفة)) (6924)].
(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila umatku tidak mahu orang yang menzalimi mereka dizalimi, maka Allah akan meninggalkan mereka, apabila umatku meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menghalang mereka dari manfaat wahyu dari langit, apabila umatku saling mencaci di antara mereka, mereka akan hilang dari pandangan Allah, lalu bagaimanakah keadaan kamu sekiranya Allah tidak berlaku kasih dan tidak merahmati kamu? Mereka berkata: Adakah akan terjadi hal itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya demi yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran! Apabila orang-orang yang jahat digunakan (jadi pemimpin) ke atas kamu, maka (itu tandanya) Allah telah meninggalkan kamu.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6924].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman