Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila orang-orang Islam membenci para ulama mereka

Teks Bahasa Arab

إذا أبغضَ المسلِمونَ علماءَهُم، وأظهَروا عمارةَ أسواقِهِم، وتناكَحوا علَى جمعِ الدَّراهمِ، رماهمُ اللهُ -عزَّ وجلَّ- بأربعِ خصالٍ: بالقَحطِ منَ الزَّمانِ، والجَورِ منَ السُّلطانِ، والخيانَةِ مِن ولاةِ الأحكامِ، والصَّولةِ من العدوِّ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila orang-orang Islam membenci para ulama mereka, dan mereka menunjukkan bangunan pasar-pasar mereka, serta mereka bernikah untuk mengumpulkan dirham-dirham, Allah ‘Azza wa Jalla akan melemparkan mereka dengan empat perkara: Dengan kemarau pada satu tempoh, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa undang-undang, dan serangan daripada musuh.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis no. 9906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا أبغض المسلمون علماءهم، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا على جمع الدراهم، رماهم الله -عز وجل- بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة من العدو)). [ك، ((الضعيفة)) (1528)]

(Munkar) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila orang-orang Islam membenci para ulama mereka, dan mereka menunjukkan bangunan pasar-pasar mereka, serta mereka bernikah untuk mengumpulkan dirham-dirham, Allah ‘Azza wa Jalla akan melemparkan mereka dengan empat perkara: Dengan kemarau pada satu tempoh, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada penguasa undang-undang, dan serangan daripada musuh. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1528]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.