Apabila orang kaya mengambil (konsumsi) ayam, maka Allah mengizinkan kampung itu dihancurkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عند اتخاذ الأغنياء ‌الدجاج يأذن الله بهلاك القرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila orang kaya mengambil (konsumsi) ayam, maka Allah mengizinkan kampung itu dihancurkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591, hadis nombor 3037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه– قال: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم الأغنياء باتخاذ الغنم، وأمر الفقراء باتخاذ الدجاج وقال: ((عند اتخاذ الأغنياء ‌الدجاج يأذن الله بهلاك القرى)). [ه، ابن الأعرابي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (119)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh orang kaya untuk mengambil kambing, dan orang miskin untuk mengambil ayam, sambil bersabda: Apabila orang kaya mengambil (konsumsi) ayam, maka Allah mengizinkan kampung itu dihancurkan. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Riwayat Ibn al-A’rabi dalam Mu’jamnya, Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 119].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.