Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أبغضَ المسلِمونَ علماءَهُم، وأظهَروا عمارةَ أسواقِهِم، وتناكَحوا علَى جمعِ الدَّراهمِ، رماهمُ اللهُ عزَّ وجلَّ بأربعِ خصالٍ: بالقَحطِ منَ الزَّمانِ والجَورِ منَ السُّلطانِ والخيانَةِ مِن ولاةِ الأحكامِ، والصَّولةِ من العدوِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila orang Islam membenci ulama mereka (dalam riwayat lain: pembaca al-Quran mereka), menunjukkan kemewahan pasar-pasar mereka, saling mengahwinkan (dalam riwayat lain: saling memasangkan) anak-anak mereka dengan harga yang mahal, nescaya Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau yang panjang, kezaliman pemerintah, pengkhiantan daripada penguasa dan serangan (dalam riwayat: gangguan) daripada musuh.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis no. 4986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قراءهم)، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (الرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله – عز وجل – بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو. [ك، فر، ((الضعيفة)) 6609].
(Munkar) Daripada Ali RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila orang Islam membenci ulama mereka (dalam riwayat lain: pembaca al-Quran mereka), menunjukkan kemewahan pasar-pasar mereka, saling mengahwinkan (dalam riwayat lain: saling memasangkan) anak-anak mereka dengan harga yang mahal, nescaya Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau yang panjang, kezaliman pemerintah, pengkhiantan daripada penguasa dan serangan (dalam riwayat: gangguan) daripada musuh. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6609].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman