Apabila orang islam memarahi ulama mereka, (dalam riwayat lain: para qari mereka)

TEKS BAHASA ARAB

إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قرّاءهم)، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (والرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصالٍ: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، ‌والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila orang islam memarahi (atau membenci) ulama’ mereka, (dalam riwayat lain: para qari mereka), menzahirkan kehebatan perniagaan mereka, saling berpakat (dalam riwayat lain: berkumpul) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau pada zaman mereka, kezaliman dari kalangan pemimpin mereka, khianat dari kalangan penguasa mereka, dan kekuatan (dalam riwayat lain: kekuasaan) pihak musuh.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854, hadis nombor 4373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قرّاءهم)، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (والرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصالٍ: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، ‌والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (6609)].

(Munkar)
Daripada Ali RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila orang islam memarahi (atau membenci) ulama’ mereka, (dalam riwayat lain: para qari mereka), menzahirkan kehebatan perniagaan mereka, saling berpakat (dalam riwayat lain: berkumpul) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau pada zaman mereka, kezaliman dari kalangan pemimpin mereka, khianat dari kalangan penguasa mereka, dan kekuatan (dalam riwayat lain: kekuasaan) pihak musuh.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6609].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs