Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أبغضَ المسلمونَ علماءَهم، وفي روايةٍ: قرَّاءَهم، وأظهروا عمارةَ أسواقِهم، وتناكحوا والروايةُ الأُخرى: وتالبوا على جمعِ الدراهمِ، رماهمُ اللهُ عزَّ وجلَّ بأربعِ خصالٍ: بالقَحْطِ من الزمانِ، والجَوْرِ من السلطانِ، والخيانةِ من ولاةِ الأحكامِ، والصَّوْلَةِ وفي الروايةِ: والشوكةِ من العدوِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila orang islam memarahi (atau membenci) ulama' mereka, (dalam riwayat lain: para qari mereka), menzahirkan kehebatan perniagaan mereka, saling berpakat (dalam riwayat lain: berkumpul) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau pada zaman mereka, kezaliman dari kalangan pemimpin mereka, khianat dari kalangan penguasa mereka, dan kekuatan (dalam riwayat lain: kekuasaan) pihak musuh.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 854, hadis no. 4373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قرّاءهم)، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا (والرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصالٍ: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (6609)].
(Munkar) Daripada Ali RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Apabila orang islam memarahi (atau membenci) ulama' mereka, (dalam riwayat lain: para qari mereka), menzahirkan kehebatan perniagaan mereka, saling berpakat (dalam riwayat lain: berkumpul) dalam mengumpulkan dirham-dirham, Allah akan melemparkan mereka dengan 4 perkara: Kemarau pada zaman mereka, kezaliman dari kalangan pemimpin mereka, khianat dari kalangan penguasa mereka, dan kekuatan (dalam riwayat lain: kekuasaan) pihak musuh.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6609].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman