Apabila Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mempersaudarakan sahabat-sahabat

TEKS BAHASA ARAB

لما ورد رسول اللہ ﷺ المدينة؛ آخى بين أصحابه، فجاء علي -رضي الله عنه- تدمع عيناه، فقال: یا رسول الله! أخيت بين أصحابك، ولم تواخ بيني وبين أحد، فقال رسول اللہ ﷺ: يا علي! أنت أخي في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mempersaudarakan sahabat-sahabat lalu Ali RA datang kepada baginda dalam keadaan menangis, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, kamu mempersaudarakan sahabat-sahabat dengan yang lain dan kamu tidak mempersaudarakan aku dengan sesiapa. Nabi SAW bersabda kepadanya: “Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنها-، قال: لما ورد رسول اللہ ﷺ المدينة؛ آخى بين أصحابه، فجاء علي -رضي الله عنه- تدمع عيناه، فقال: یا رسول الله! أخيت بين أصحابك، ولم تواخ بيني وبين أحد، فقال رسول اللہ ﷺ «يا علي! أنت أخي في الدنيا والآخرة». [ت، على كه «الضعيفة» (351)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA berkata: Apabila Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mempersaudarakan sahabat-sahabat lalu Ali RA datang kepada baginda dalam keadaan menangis kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, kamu mempersaudarakan sahabat-sahabat dengan yang lain dan kamu tidak mempersaudarakan aku dengan sesiapa. Nabi SAW bersabda kepadanya: “Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.” [Riwayat al-Tirmizi, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afat, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 351]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs