Apabila Nabi SAW tergelak, Baginda akan meletakkan tangan Baginda pada mulut Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا جرى به الضحك وضع يده على فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW tergelak, Baginda akan meletakkan tangan Baginda pada mulut Baginda.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن يزيد بن مرة عن جده رضي الله عنه قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا جرى به الضحك وضع يده على فيه. [الدولابي، الضعيفة (4183)]

[Sangat Lemah] Daripada Yazid bin Murrah, daripada datuknya RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW tergelak, Baginda akan meletakkan tangan Baginda pada mulut Baginda. [Riwayat al-Dawlabi dalam al-Kuna wa al-Asma’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4183]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.