Apabila Nabi SAW terdengar seruan azan, Baginda akan mengucapkan: Wahai Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا سمع النداء قال: اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة صل على محمد عبدك ورسولك واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال هذا عند النداء جعله الله في شفاعتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW terdengar seruan azan, Baginda akan mengucapkan: Wahai Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini, dan Tuhan solat yang akan didirikan, kasihanilah Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, berikanlah kami syafaat Baginda pada hari Kiamat. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan doa ini selepas azan, Allah akan memberi syafaatku kepadanya pada hari Kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis nombor 5431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: كان إذا سمع النداء قال: اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة صل على محمد عبدك ورسولك واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال هذا عند النداء جعله الله في شفاعتي يوم القيامة. [الطبراني في الدعاء، طس، الضعيفة (5181)]

(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW terdengar seruan azan, Baginda akan mengucapkan: Wahai Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini, dan Tuhan solat yang akan didirikan, kasihanilah Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, berikanlah kami syafaat Baginda pada hari Kiamat. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan doa ini selepas azan, Allah akan memberi syafaatku kepadanya pada hari Kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a’ dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5181)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs