Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا سَمِعَ النداءَ قال : اللهم ربَّ هذه الدعوةِ التامةِ، والصلاةِ القائمةِ، صَلِّ على مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ ورسولِكَ، واجعلْنا في شفاعتِهِ يومَ القيامةِ. قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم، من قال هذا عند النداءِ جعله اللهُ في شفاعتي يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Nabi SAW terdengar seruan azan, Baginda akan mengucapkan: Wahai Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini, dan Tuhan solat yang akan didirikan, kasihanilah Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, berikanlah kami syafaat Baginda pada hari Kiamat. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan doa ini selepas azan, Allah akan memberi syafaatku kepadanya pada hari Kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis no. 5431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: كان إذا سمع النداء قال: اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة صل على محمد عبدك ورسولك واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال هذا عند النداء جعله الله في شفاعتي يوم القيامة. [الطبراني في الدعاء، طس، الضعيفة (5181)]
(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW terdengar seruan azan, Baginda akan mengucapkan: Wahai Allah, Tuhan seruan yang sempurna ini, dan Tuhan solat yang akan didirikan, kasihanilah Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, berikanlah kami syafaat Baginda pada hari Kiamat. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang mengucapkan doa ini selepas azan, Allah akan memberi syafaatku kepadanya pada hari Kiamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du‘a’ dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5181)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman