TEKS BAHASA ARAB
أنه صلى الله عليه وسلم إذا كان يصلي ظن الظان أنه جسد لا روح فيه
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Nabi SAW solat, orang akan menyangka satu sangkaan, bahawa baginda adalah jasad tanpa roh dalamnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 258, hadis nombor 460. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفيه الذيل أيضا، أنه صلى الله عليه وسلم إذا كان يصلي ظن الظان أنه جسد لا روح فيه
Dan dalamnya (kitab al-Zayl) juga (disebutkan): Bahawa apabila Nabi SAW solat, orang akan menyangka satu sangkaan, bahawa baginda adalah jasad tanpa roh dalamnya.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.