Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Nabi SAW solat, orang akan menyangka bahawa baginda adalah jasad tanpa roh dalamnya

Teks Bahasa Arab

أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يُصَلِّي ظَنَّ الظَّانُّ أَنَّهُ جَسَدٌ لَا روح فِيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Nabi SAW solat, orang akan menyangka satu sangkaan, bahawa baginda adalah jasad tanpa roh dalamnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 258, hadis no. 460. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفيه الذيل أيضا، أنه صلى الله عليه وسلم إذا كان يصلي ظن الظان أنه جسد لا روح فيه

Dan dalamnya (kitab al-Zayl) juga (disebutkan): Bahawa apabila Nabi SAW solat, orang akan menyangka satu sangkaan, bahawa baginda adalah jasad tanpa roh dalamnya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.