Apabila Nabi SAW menyentuh bucu Yamani di Kaabah

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا استلم الركن اليماني قبله ووضع خده عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW menyentuh bucu Yamani di Kaabah, Baginda akan menciumnya dan melekatkan pipi Baginda padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1052, hadis nombor 5378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما: كان إذا استلم الركن اليماني قبله ووضع خده عليه. [ابن خزيمة، ك، ع، عد، هق، الضعيفة (4169)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Abbas RA, apabila Nabi SAW menyentuh bucu Yamani di Kaabah, Baginda akan menciumnya dan melekatkan pipi Baginda padanya. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam al-Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Ya‘la dalam al-Musnad, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’ dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4169]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.