Apabila Nabi SAW mengenakan minyak rambut

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا اطلى حلق عانته بيده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW mengenakan minyak rambut, Baginda akan mencukur bulu ari-ari Baginda dengan tangan Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1052, hadis nombor 5379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن منصور قال: كان إذا اطلى حلق عانته بيده. [ابن سعد، ابن جعفر المؤذن في نسخة أبي مسهر، الضعيفة (4174)]

[Lemah] Daripada Mansur, beliau berkata, apabila Nabi SAW mengenakan minyak rambut, Baginda akan mencukur bulu ari-ari Baginda dengan tangan Baginda. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat dan Ibn Ja‘far al-Mu’azzin dalam Nuskhah Abi Mishar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4174]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.