Apabila Nabi SAW mendirikan solat, Baginda akan memulakan dengan mengucapkan: Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا استفتح الصلاة قال: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا مسلما وما أنا من المشركين. سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك. إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW mendirikan solat, Baginda akan memulakan dengan mengucapkan: Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan hanif dan berserah diri, dan aku bukanlah orang musyrik. Maha Suci Dikau, wahai Allah, dengan kepujian-Mu, begitu berkat nama-Mu, begitu tinggi keagungan-Mu, tiada yang berhak untuk disembah selain-Mu. Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah demi Allah, Tuhan Sekalian Alam, tiada sekutu bagi-Nya. Dengan perkara ini aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang berserah diri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis nombor 5430. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا استفتح الصلاة قال: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا وما أنا من المشركين. سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك. إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين. [أبو محمد الجوهري في مجلسان من الأمالي، طب، الضعيفة (5379)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ra, beliau menceritakan: Apabila Nabi SAW mendirikan solat, Baginda akan memulakan dengan mengucapkan: “Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan hanif dan berserah diri, dan aku bukanlah orang musyrik. Maha Suci Dikau, wahai Allah, dengan kepujian-Mu, begitu berkat nama-Mu, begitu tinggi keagungan-Mu, tiada yang berhak untuk disembah selain-Mu. Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah demi Allah, Tuhan Sekalian Alam, tiada sekutu bagi-Nya. Dengan perkara ini aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang berserah diri. [Riwayat al-Jawhari dalam al-Majlisayn min al-Amali dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5379]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.