Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Nabi SAW membaca surah al-Nas, Baginda akan membuka pula dengan surah Al-Fatihah

Teks Bahasa Arab

قرأ النبي على أُبَيٍّ، وقرأ أبي عن النبي، و - أنه كان إذا قرأ: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} افتتح من {الحمد} ، ثم قرأ البقرة إلى {وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} ثم دعا بدعاء الخَتْم، ثم قام.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW sering membacakan al-Qur'an bersama Ubay dan Ubay kemudiannya akan membaca al-Qur'an berpandukan bacaan Nabi SAW. Apabila Nabi SAW membaca surah al-Nas, Baginda akan membuka pula dengan surah Al-Fatihah, Kemudian al-Baqarah sehinggalah akhir ayat kelima daripada surah tersebut. Kemudian Baginda akan berdoa dengan doa penutup dan kemudian baginda berdiri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis no. 7895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس عن أبي بن كعب عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قرأ النبي على أُبَيٍّ، وقرأ أبي عن النبي، و - أنه كان إذا قرأ: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} افتتح من {الحمد} ، ثم قرأ البقرة إلى {وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ} ثم دعا بدعاء الخَتْم، ثم قام) [الحسن بن على الجوهري في ((فوائد منتقاة))، ((الضعيفة)) (6134)]

(Lemah) Daripada Abdullah Bin Abbas, daripada Ubay Bin Ka’b, daripada Nabi SAW - Nabi SAW sering membacakan al-Qur'an bersama Ubay dan Ubay kemudiannya akan membaca al-Qur'an berpandukan bacaan Nabi SAW. Apabila Nabi SAW membaca surah al-Nas, Baginda akan membuka pula dengan surah Al-Fatihah, Kemudian al-Baqarah sehinggalah akhir ayat kelima daripada surah tersebut. Kemudian Baginda akan berdoa dengan doa penutup dan kemudian baginda berdiri. [Riwayat al-Hasan Bin Ali al-Jauhari dalam Fawaid Muntaqah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6134]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.