Apabila Nabi SAW makan bersama orang ramai

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أكل مع قوم كان اخرهم أكلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW makan bersama orang ramai, Baginda adalah individu terakhir yang akan makan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis nombor 5481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه رضي الله عنه قال: كانَ إذا أكلَ معَ قومٍ كان اَخرَهُم أَكلًا. [ابن معين في التاريخ والعلل، هب، خط، الضعيفة (5747)]

(Lemah) Daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya RA berkata: Apabila Nabi SAW makan bersama orang ramai, Baginda adalah individu terakhir yang akan makan. [Riwayat Ibn Ma‘in dalam al-Tarikh wa al-‘ilal, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs