Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا أكلَ معَ قومٍ كانَ آخرَهُم أَكلًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Nabi SAW makan bersama orang ramai, Baginda adalah individu terakhir yang akan makan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis no. 5481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جعفر بن محمد عن أبيه رضي الله عنه قال: كانَ إذا أكلَ معَ قومٍ كان اَخرَهُم أَكلًا. [ابن معين في التاريخ والعلل، هب، خط، الضعيفة (5747)]
(Lemah) Daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya RA berkata: Apabila Nabi SAW makan bersama orang ramai, Baginda adalah individu terakhir yang akan makan. [Riwayat Ibn Ma‘in dalam al-Tarikh wa al-‘ilal, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5747]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman