Apabila Nabi SAW hendak mendirikan solat, Baginda datang kepada kami dengan wajahnya umpama bulan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى ؛ أقبل علينا بوجهه كالقمر، فيقول: اللهم! إني أعوذ بك من الهم والحزن، والعجز والكسل، والذل والصغار، والفواحش ما ظهر منها وما بطن. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW hendak mendirikan solat, Baginda datang kepada kami dengan wajahnya umpama bulan lalu baginda berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, dan dari kelemahan dan sifat malas, dan dari kehinaan dan kerendahan, juga dari keburukan yang zahir darinya ataupun yang batin.” Lalu kami mempelajarinya tanpa Baginda mengajarkannya kepada kami kerana kerapnya Baginda mengulangi perkara tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1558, hadis nombor 7894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى، أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ فيقولُ: ((اللهمَّ! إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والذُّلِّ والصَّغَارِ، والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده.)) [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6314)]

(Lemah)
Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW hendak mendirikan solat, Baginda datang kepada kami dengan wajahnya umpama bulan lalu baginda berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, dan dari kelemahan dan sifat malas, dan dari kehinaan dan kerendahan, juga dari keburukan yang zahir darinya ataupun yang batin.” Lalu kami mempelajarinya tanpa Baginda mengajarkannya kepada kami kerana kerapnya Baginda mengulangi perkara tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Dua. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6314].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.