Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى، أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ فيقولُ: ((اللهمَّ! إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والذُّلِّ والصَّغَارِ، والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده)).
Teks Bahasa Melayu
Apabila Nabi SAW hendak mendirikan solat, Baginda datang kepada kami dengan wajahnya umpama bulan lalu baginda berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, dan dari kelemahan dan sifat malas, dan dari kehinaan dan kerendahan, juga dari keburukan yang zahir darinya ataupun yang batin.” Lalu kami mempelajarinya tanpa Baginda mengajarkannya kepada kami kerana kerapnya Baginda mengulangi perkara tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1558, hadis no. 7894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا صلى، أَقْبَلَ علينا بوجهِهِ كالقَمرِ فيقولُ: ((اللهمَّ! إني أعوذُ بك من الهَمِّ والحَزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والذُّلِّ والصَّغَارِ، والفواحشِ ما ظَهَرَ منها وما بَطَنَ. فتعلمناه من غير أن يعلمناه من كثرة ما كان يردده.)) [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6314)]
(Lemah) Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, beliau berkata: Apabila Nabi SAW hendak mendirikan solat, Baginda datang kepada kami dengan wajahnya umpama bulan lalu baginda berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, dan dari kelemahan dan sifat malas, dan dari kehinaan dan kerendahan, juga dari keburukan yang zahir darinya ataupun yang batin.” Lalu kami mempelajarinya tanpa Baginda mengajarkannya kepada kami kerana kerapnya Baginda mengulangi perkara tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Dua. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6314].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman