Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ - صَلَى الله عَلَيه وسلم - إِذا أَصَابَهُ رَمَدٌ أَو أَحَدًا مِن أَصْحَابِهِ؛ دَعَا بِهَؤُلَاءِ الكَلِمَاتِ: اللهُمَّ مَتَّعْنِي بِبَصرِي، وَاجْعَلْهُ الوَارثَ مِنِّي، وَأَرِنِي فِي العدوِّ ثأْرِي، وَانْصُرنِي عَلَى مَنْ ظَلَمنِي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Nabi SAW ditimpa sakit mata atau (jika ia menimpa) salah seorang daripada para sahabat Baginda, maka Baginda akan berdoa dengan kalimah-kalimah ini: "Ya Allah, berikanlah daku nikmat kebaikan dengan penglihatanku, jadikanlah ia pewaris bagiku, dan perlihatkan pembelaanku terhadap musuhku, dan bantulah aku mengatasi orang yang telah menzalimi aku”.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis no. 5973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - إذا أصابه رمد أو أحدا من أصحابه؛ دعا بهؤلاء الكلمات: اللهم متعني ببصري، واجعله الوارث مني، وأرني في العدو ثأري، وانصرني على من ظلمني)). [ابن السني، ك، ((الضعيفة)) (4172)]
(ٍSangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, telah berkata: Apabila Nabi SAW ditimpa sakit mata atau (jika ia menimpa) salah seorang daripada para sahabat Baginda, maka Baginda akan berdoa dengan kalimah-kalimah ini: "Ya Allah, berikanlah daku nikmat kebaikan dengan penglihatanku, jadikanlah ia pewaris bagiku, dan perlihatkan pembelaanku terhadap musuhku, dan bantulah aku mengatasi orang yang telah menzalimi aku”. [Riwayat Ibn al-Sunni, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4172]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman