Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Nabi SAW berjaya membebaskan Khaibar

Teks Bahasa Arab

لما فتح اللهُ على نبيِّه صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ خيبرَ أصابه من سهمهِ أربعةُ أزواجِ نعالٍ وأربعةُ أزاوج خفافٍ وعشرُ أواقي ذهب ٍوفضةٍ وحمارٌ أسودُ . قال : فكلَّم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ الحمارَ، فقال له : ما اسمُك ؟ قال : يزيدُ ابنُ شهابٍ، أخرج اللهُ من نسلٍ جدّي ستينَ حمارًا، كلهم لم يركبْهم إلا نبيٌّ، ولم يبقَ من نسلِ جَدّي غيري، ولا من الأنبياءِ غيرُك، أتوقَّعك أن تركبَني، وكنت قبلك لرجلٍ من اليهودِ، وكنت أعثرُ به عمدًا، وكان يجيعُ بطني ويضربُ ظهري، فقال له النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : قد سميتُك يعفورًا، يا يعفورُ‍ قال : لبيك . قال : أتشتهي الإناثَ ؟ قال : لا، وكان النبيُّ عليه الصلاة والسلام يركبه في حاجتِه ؛ فإذا نزل عنه بعث به إلى بابِ الرجلِ، فيأتي البابَ فيقرعه برأسِه، فإذا خرج إليه صاحبُ الدارِ ؛ أومأ إليه أن : أجبْ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ . قال : فلما قُبض النبيُّ عليه الصلاة والسلامُ ؛ جاء إلى بئرٍ كانت لأبي الهيثمَ بنِ التيِّهانِ ؛ فتردَّى فيها، فصارت قبرَه ؛ جزعًا منه على رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Nabi SAW berjaya membebaskan Khaibar, Baginda mendapat bahagian empat pasang selipar, empat pasang khuf (stoking kulit), sepuluh uncang emas dan perak, dan seekor keldai hitam. Nabi SAW pun berbual dengan keldai tersebut: Siapakah nama kamu? Ia menjawab: Nama aku Yazid bin Shihab. Daripada keturunan datukku, Allah telah mengeluarkan 60 ekor keldai. Semuanya hanya ditunggangi oleh Nabi. Hanya aku sahaja yang masih hidup daripada keturunan datukku, dan hanya kamu sahaja Nabi yang tinggal. Aku menjangkakan kamu akan menunggangiku. Sebelum ini aku dimiliki seorang Yahudi. Aku selalu sengaja menyusahkan dia dan dia selalu membuatkan perutku lapar dan memukul belakangku. Nabi SAW berkata kepadanya: Mulai sekarang, aku namakan kamu sebagai Ya‘fur. Wahai, Ya‘fur! Ia membalas: Ya. Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah kamu berminat untuk mengawan? Ia menjawab: Tidak berminat. Nabi SAW kerap menungganginya dalam urusan seharian. Apabila Baginda turun daripadanya, Baginda mengutuskan ia ke pintu yang dituju lalu ia mengetuk pintu tersebut dengan kepalanya. Apabila tuan rumah keluar, keldai itu akan tunduk kepadanya, seolah-olah berkata: Sahutlah panggilan Rasulullah SAW. Dia berkata: Apabila Nabi SAW wafat, keldai tersebut pergi ke perigi milik Abu al-Haitham bin al-Tayyihan, lalu jatuh ke dalamnya lalu jadilah perigi itu kuburnya kerana tidak tahan kesedihannya atas apa yang menimpa Rasulullah SAW.

Sahabat Perawi

  1. Abu Manzur RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1070, hadis no. 5453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي منظور رضي الله عنه، قال: لما فتح الله على نبيه صلى الله عليه وسلم خيبر؛ أصابه من سهمه أربعة أزواج نعال وأربعة أزواج خفاف وعشر أواقي ذهب وفضة وحمار أسود. قال: فكلم النبي صلى الله عليه وسلم الحمار فقال له: ما اسمك؟ قال: يزيد ابن شهاب أخرج الله من نسل جدي ستين حماراً كلهم لم يركبهم إلا نبي ولم يبق من نسل جدي غيري ولا من الأنبياء غيرك أتوقعك أن تركبني وكنت قبلك لرجل من اليهود وكنت أعثر به عمداً وكان يجيع بطني ويضرب ظهري، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: قد سميتك يعفوراً يا يعفور! قال: لبيك. قال: أتشتهي الإناث؟ قال: لا وكان النبي عليه الصلاة والسلام يركبه في حاجته فإذا نزل عنه بعث به إلى باب الرجل فيأتي الباب فيقرعه برأسه فإذا خرج إليه صاحب الدار أومأ إليه أن: أجب رسول الله صلى الله عليه وسلم. قال: فلما قبض النبي عليه الصلاة والسلام جاء إلى بئر كانت لأبي الهيثم بن التيهان؛ فتردى فيها. فصارت قبره؛ جزعاً منه على رسول الله صلى الله عليه وسلم . [ابن حبان في الضعفاء والمجروحين، ابن الجوزي، الضعيفة (5405)]

(Palsu) Daripada Abu Manzur ra, beliau menceritakan: Apabila Nabi SAW berjaya membebaskan Khaibar, Baginda mendapat bahagian empat pasang selipar, empat pasang khuf (stoking kulit), sepuluh uncang emas dan perak, dan seekor keldai hitam. Nabi SAW pun berbual dengan keldai tersebut: Siapakah nama kamu? Ia menjawab: Nama aku Yazid bin Shihab. Daripada keturunan datukku, Allah telah mengeluarkan 60 ekor keldai. Semuanya hanya ditunggangi oleh Nabi. Hanya aku sahaja yang masih hidup daripada keturunan datukku, dan hanya kamu sahaja Nabi yang tinggal. Aku menjangkakan kamu akan menunggangiku. Sebelum ini aku dimiliki seorang Yahudi. Aku selalu sengaja menyusahkan dia dan dia selalu membuatkan perutku lapar dan memukul belakangku. Nabi SAW berkata kepadanya: Mulai sekarang, aku namakan kamu sebagai Ya‘fur. Wahai, Ya‘fur! Ia membalas: Ya. Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah kamu berminat untuk mengawan? Ia menjawab: Tidak berminat. Nabi SAW kerap menungganginya dalam urusan seharian. Apabila Baginda turun daripadanya, Baginda mengutuskan ia ke pintu yang dituju lalu ia mengetuk pintu tersebut dengan kepalanya. Apabila tuan rumah keluar, keldai itu akan tunduk kepadanya, seolah-olah berkata: Sahutlah panggilan Rasulullah SAW. Dia berkata: Apabila Nabi SAW wafat, keldai tersebut pergi ke perigi milik Abu al-Haitham bin al-Tayyihan, lalu jatuh ke dalamnya lalu jadilah perigi itu kuburnya kerana tidak tahan kesedihannya atas apa yang menimpa Rasulullah SAW. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ wa al-Majruhin dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5405]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.