Apabila Nabi Muhamad SAW takut terlupa akan sesuatu hajat, baginda akan meletakkan benang di tangannya agar baginda sentiasa mengingatinya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أشفق من الحاجة أن ينساها جعل فى يده خيطا ليذكرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda SAW takut terlupa akan sesuatu hajat, baginda akan meletakkan benang di tangannya agar baginda sentiasa mengingatinya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis nombor 8109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر – رضي الله عنهما-، قال: ((كان إذا أشفق من الحاجة أن ينساها جعل فى يده خيطا ليذكرها)). [عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (266)].

(Batil)
Daripada Ibn Umar R.anhuma berkata: Apabila baginda SAW takut terlupa akan sesuatu hajat, baginda akan meletakkan benang di tangannya agar baginda sentiasa mengingatinya.”
[Riwayat Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 266].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs