TEKS BAHASA ARAB
حديث: كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا قام يصلي ظن الظان أنه جسد لا روح فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Adalah Rasulullah SAW apabila berdiri untuk solat, manusia akan menyangka bahawa (berdirinya khusu’) seakan jasad yang tiada roh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 27, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: لا أصل له.
Ibn Hibban berkata: Hadith ini tiada asalnya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.