TEKS BAHASA ARAB
إن الله خلق آدم، فلما ذاق الشجرة؛ سقط عنه لباسه، فأول ما بدا منه عورته، فلما نظر إلى عورته؛ جعل يشتد في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah menciptakan Adam, apabila dia memakan pohon (buah di pohon), maka tertanggal pakaiannya dan perkara pertama yang terzahir daripadanya adalah auratnya. Dek melihatkan auratnya, dia berlari-lari (kerana malu) di dalam syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis nombor 8277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بن كعب – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله خلق آدم، فلما ذاق الشجرة؛ سقط عنه لباسه، فأول ما بدا منه عورته، فلما نظر إلى عورته؛ جعل يشتد في الجنة)). [ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (6033)]
(Lemah)
Daripada Ubay bin Ka’ab RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah menciptakan Adam, apabila dia memakan pohon (buah di pohon), maka tertanggal pakaiannya dan perkara pertama yang terzahir daripadanya adalah auratnya. Dek melihatkan auratnya, dia berlari-lari (kerana malu) di dalam syurga.))
[Riwayat Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6033] .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.