Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ، فَلَمَّا ذَاقَ الشَّجَرَةَ؛ سَقَطَ عَنْهُ لِبَاسُهُ، فَأَوَّلُ مَا بَدَا مِنْهُ عَوْرَتُهُ، فَلَمَّا نَظَرَ إِلَى عَوْرَتِهِ؛ جَعَلَ يَشْتَدُّ فِي الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menciptakan Adam, apabila dia memakan pohon (buah di pohon), maka tertanggal pakaiannya dan perkara pertama yang terzahir daripadanya adalah auratnya. Dek melihatkan auratnya, dia berlari-lari (kerana malu) di dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Ubay bin Kaab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis no. 8277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بن كعب - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله خلق آدم، فلما ذاق الشجرة؛ سقط عنه لباسه، فأول ما بدا منه عورته، فلما نظر إلى عورته؛ جعل يشتد في الجنة)). [ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (6033)]
(Lemah) Daripada Ubay bin Ka’ab RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah menciptakan Adam, apabila dia memakan pohon (buah di pohon), maka tertanggal pakaiannya dan perkara pertama yang terzahir daripadanya adalah auratnya. Dek melihatkan auratnya, dia berlari-lari (kerana malu) di dalam syurga.)) [Riwayat Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6033] .
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman