Apabila muncul seekor ular di dalam rumah, maka hendaklah kamu berkata kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهرت الحية في المسكن فقولوا لها: إنا نسألك بعهد نوح وبعهد سليمان بن داود أن لا تؤذينا، فإن عادت فاقتلوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila muncul seekor ular di dalam rumah, maka hendaklah kamu berkata kepadanya: “Sesungguhnya kami meminta kepada kamu dengan perjanjian Nabi Nuh serta perjanjian Nabi Sulaiman bin Daud supaya kau tidak menyakiti kami”. Sekiranya ia kembali semula, maka bunuhlah ia.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 186, hadis nombor 951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي ليلى، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا ظهرت الحية في المسكن فقولوا لها: إنا نسألك بعهد نوح وبعهد سليمان بن داود أن لا تؤذينا، فإن عادت فاقتلوها)). [د، ت، ((الضعيفة)) (1508)]

(Sanadnya Lemah)
Daripada Abi Layla beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila muncul seekor ular di dalam rumah, maka hendaklah kamu berkata kepadanya: “Sesungguhnya kami meminta kepada kamu dengan perjanjian Nabi Nuh serta perjanjian Nabi Sulaiman bin Daud supaya kau tidak menyakiti kami”. Sekiranya ia kembali semula, maka bunuhlah ia.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan beliau dan al-Tirmizi dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1508]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs