Apabila muncul pada kamu seperti yang telah muncul pada Bani Israil

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهر فيكم ما ظهر في بني إسرائيل إذا كانت الفاحشة في كباركم والملك في صغاركم والعلم في رذالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila muncul pada kamu seperti yang telah muncul pada Bani Israil. Apabila berlakunya perkara keji dalam kalangan orang tua kamu, dan raja itu orang muda dalam kalangan kamu, serta ilmu pada golongan yang hina dalam kalangan kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis nombor 547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قيل يا رسول الله! متى نترك الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ قال: إذا ظَهَرَ فِيكُمْ ما ظَهَرَ في بني إسْرَائيلَ؛ إذا كانَت الفاحشةُ في كِبَارِكُمْ، والمُلْكُ في صِغَارِكُمْ، والعِلْمُ في رُذَّالِكُمْ.
[ه، حم، عد، حل، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5703)]

(Munkar)
Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Ditanyakan: “Wahai Rasulullah, bila kami meninggalkan amar makruf dan nahi munkar?” Baginda SAW telah menjawab: “Apabila muncul pada kamu seperti yang telah muncul pada Bani Israil. Apabila berlakunya perkara keji dalam kalangan orang tua kamu, dan raja itu orang muda dalam kalangan kamu, serta ilmu pada golongan yang hina dalam kalangan kamu.” Yakni: Ditinggalkan amar makruf dan nahi munkar pada hari ini.
[Riwayat Ibn Mājah, Aḥmad dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Jāmi‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5703]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs