Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ظَهرَ فيكم ما ظَهرَ في بني إسرائيلَ إذا كانت الفاحشةُ في كبارِكم والملْكُ في صغارِكم والعلمُ في رذَّالِكم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila muncul pada kamu seperti yang telah muncul pada Bani Israil. Apabila berlakunya perkara keji dalam kalangan orang tua kamu, dan raja itu orang muda dalam kalangan kamu, serta ilmu pada golongan yang hina dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis no. 547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قيل يا رسول الله! متى نترك الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ قال: إذا ظَهَرَ فِيكُمْ ما ظَهَرَ في بني إسْرَائيلَ؛ إذا كانَت الفاحشةُ في كِبَارِكُمْ، والمُلْكُ في صِغَارِكُمْ، والعِلْمُ في رُذَّالِكُمْ. [ه، حم، عد، حل، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5703)]
(Munkar) Daripada Anas ibn Mālik RA telah berkata: Ditanyakan: “Wahai Rasulullah, bila kami meninggalkan amar makruf dan nahi munkar?” Baginda SAW telah menjawab: “Apabila muncul pada kamu seperti yang telah muncul pada Bani Israil. Apabila berlakunya perkara keji dalam kalangan orang tua kamu, dan raja itu orang muda dalam kalangan kamu, serta ilmu pada golongan yang hina dalam kalangan kamu.” Yakni: Ditinggalkan amar makruf dan nahi munkar pada hari ini. [Riwayat Ibn Mājah, Aḥmad dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Jāmi‘. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5703]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman