Apabila muncul dalam kalangan kamu sepertimana yang telah muncul pada Bani Israil

TEKS BAHASA ARAB

إذا ظهر فيكم ما ظهر في بني إسرائيل؛ إذا كانت الفاحشة في كباركم، والملك في صغاركم، والعلم في رذالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila muncul dalam kalangan kamu sepertimana yang telah muncul pada Bani Isra’il iaitu apabila kekejian berlaku dalam kalangan orang-orang besar kamu, kuasa pemerintahan diperolehi oleh orang-orang muda dalam kalangan kamu dan ilmu berada pada orang-orang hina dalam kalangan kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1363, hadis nombor 6938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه: قال: قيل: يا رسول الله! متى نترك الامر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ قال: إذا ظهر فيكم ما ظهر في بني إسرائيل؛ إذا كانت الفاحشة في كباركم، والملك في صغاركم، والعلم في رذالكم.
[حم، عد، حل، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5703)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Dikatakan: Wahai Rasulullah! Bilakah kita boleh meninggalkan perintah menyuruh kepada makruf (kebaikan) dan mencegah daripada perkara mungkar (kejahatan)? Baginda menjawab: Apabila muncul dalam kalangan kamu sepertimana yang telah muncul pada Bani Isra’il iaitu apabila kekejian berlaku dalam kalangan orang-orang besar kamu, kuasa pemerintahan diperolehi oleh orang-orang muda dalam kalangan kamu dan ilmu berada pada orang-orang hina dalam kalangan kamu.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn ‘Adi, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5703]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.