Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ظَهرَ فيكم ما ظَهرَ في بني إسرائيلَ؛ إذا كانت الفاحشةُ في كبارِكم والملْكُ في صغارِكم والعلمُ في رذَّالِكم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila muncul dalam kalangan kamu sepertimana yang telah muncul pada Bani Isra'il iaitu apabila kekejian berlaku dalam kalangan orang-orang besar kamu, kuasa pemerintahan diperolehi oleh orang-orang muda dalam kalangan kamu dan ilmu berada pada orang-orang hina dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1363, hadis no. 6948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه: قال: قيل: يا رسول الله! متى نترك الامر بالمعروف والنهي عن المنكر؟ قال: إذا ظهر فيكم ما ظهر في بني إسرائيل؛ إذا كانت الفاحشة في كباركم، والملك في صغاركم، والعلم في رذالكم. [حم، عد، حل، ابن عبد البر في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (5703)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Dikatakan: Wahai Rasulullah! Bilakah kita boleh meninggalkan perintah menyuruh kepada makruf (kebaikan) dan mencegah daripada perkara mungkar (kejahatan)? Baginda menjawab: Apabila muncul dalam kalangan kamu sepertimana yang telah muncul pada Bani Isra'il iaitu apabila kekejian berlaku dalam kalangan orang-orang besar kamu, kuasa pemerintahan diperolehi oleh orang-orang muda dalam kalangan kamu dan ilmu berada pada orang-orang hina dalam kalangan kamu. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn 'Adi, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5703]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman