Apabila muazzin berkata Allahu Akbar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: " إِذَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ: اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ غُلِّقَتْ أَبْوَابُ النِّيرَانِ وَإِذَا قَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجنان _ إلخ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila muazzin berkata: Allahu Akbar, Allahu Akbar ditutup pintu-pintu neraka. Apabila Muazzin berkata: Asyhadu alla Ilaha illallah dibuka pintu-pintu syurga… sehingga akhir hadith.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 17, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الحاكم عن ابن عباس مرفوعا وقال: إن القاسم بن محمد بن عبد الله الفرغاني: كان يضع الحديث وضعا فاحشا

Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) dan beliau berkata: Sesungguhnya perawi bernama al-Qasim bin Muhammad bin Abdillah al-Farghani sering mencipta hadith palsu dengan cara keji .


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon