Apabila mereka bertiga maka hendaklah yang mengimamkan mereka ialah orang yang paling mahir (membaca) kitab Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كانوا ثلاثة فليؤمهم أقرؤهم لكتاب الله، فإن كانوا في القراءة سواء، فأكبرهم سنا، فإن كانوا في السن سواء فأحسنهم وجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila mereka bertiga maka hendaklah yang mengimamkan mereka ialah orang yang paling mahir (membaca) kitab Allah. Jika dari segi bacaan mereka adalah sama, maka (yang mengimamkan) orang yang paling tua dalam kalangan mereka dan jika ketiga-tiga mereka sebaya, maka (yang mengimamkan) yang paling elok wajahnya dalam kalangan mereka.

STATUS

Munkar tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر لا أصل له) عن أبي زيد الأنصاري (عمرو بن أخطب) -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا كانوا ثلاثة فليؤمهم أقرؤهم لكتاب الله، فإن كانوا في القراءة سواء، فأكبرهم سنا، فإن كانوا في السن سواء فأحسنهم وجها)).
[((الضعيفة)) (609)]

(Munkar tiada asal baginya) Daripada Abū Zaid Al-Anṣārī RA (‘Amr bin Akhṭab RA) secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila mereka bertiga maka hendaklah yang mengimamkan mereka ialah orang yang paling mahir (membaca) kitab Allah. Jika dari segi bacaan mereka adalah sama, maka (yang mengimamkan) orang yang paling tua dalam kalangan mereka dan jika ketiga-tiga mereka sebaya, maka (yang mengimamkan) yang paling elok wajahnya dalam kalangan mereka.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 609]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.