Apabila mereka bertanya tentangku maka janganlah kamu ragu-ragu

TEKS BAHASA ARAB

فتنة القبر في، فإذا سئلتم عني فلا تشكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila mereka bertanya tentangku maka janganlah kamu syak (ragu-ragu).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1336, hadis nombor 6824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: فتنة القبر في، فإذا سئلتم عني فلا تشكوا.
[ك، ((الضعيفة)) (4001)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila mereka bertanya tentangku maka janganlah kamu syak (ragu-ragu).
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4001]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs